Sesuai dengan matlamat syarikat untuk membantu usahawan bumiputera berkembang maju selain mempuyai kemahiran ICT dan pemasaran, Bynet Solution memfokuskan 5 cabang aktiviti perniagaan seperti berikut:

A. Portal Keusahawanan Negeri Kedah
B. Merekabentuk Laman Web / Web Design
C. Merekabentuk Grafik (Graphic Design)
D. Menganjurkan Kursus - Kursus ICT dan Pengurusan
E. Penyewaan Kemudahan ICT / Alat Bantuan Kursus


 

 

A.        Portal Keusahawanan Negeri Kedah

Pihak kami sedang dalam proses membangunkan sebuah portal keusahawanan negeri Kedah dengan kerjasama beberapa agensi kerajaan. Antara objektif penubuhan adalah untuk:

  • Mengumpulkan semua usahawan – usahawan dari negeri Kedah dalam satu direktori / portal bagi memudahkan penyaluran maklumat kepada para usahawan dan melaksanakan kaedah promosi bersepadu melalui internet ke seluruh dunia.
  • Portal ini akan menjadi portal usahawan terbesar di negeri Kedah dan telahpun mengorak langkah untuk mengadakan kerjasama dengan MARA, Tekun dan agensi kerajaan negeri Kedah seperti PKNK, Institut Pengurusan Kedah (KIM) dan PTMK.

Untuk merealisasikan hasrat tersebut, Bynet Solution telahpun membangunkan portal usahawan untuk beberapa agensi berteraskan pembangunan usahawan seperti berikut :

  • MARA
  • SME Bank
  • SMIDEC
  • PKNK
  • TEKUN
  • SIRIM
  • KEDA
  • PERDA

 

 

B.        Merekabentuk Laman Web / Web Design

Dengan perkembangan teknologi dan dunia tanpa sempadan kini, laman web (website) merupakan satu medium pengiklanan yang amat berkesan. Selain maklumat lengkap boleh diakses 24 jam sehari sepanjang tahun, usahawan bukan sahaja boleh mempromosikan perniagaan ke seluruh tanahair malah ke seluruh pelusuk dunia.

Memandangkan usahawan terdiri dari pelbagai kategori (mikro, kecil, sederhana), Bynet Solution menawarkan pakej laman web serendah RM1,500 hingga ke RM50,000 bergantung kepada keperluan masing – masing.

Berikut merupakan contoh laman web yang telah dibangunkan Bynet Solution:

>> Promosi Khas Untuk Usahawan IKS <<

 

 

C.        Merekabentuk Grafik (Graphic Design)

Bynet Solution juga telah dilantik oleh pihak SIRIM BERHAD sebagai penyedia bagi perkhidmatan rekabentuk perlabelan / pembungkusan, fotografi, percetakan dan lan - lain) kepada usahawan - usahawan pembuatan makanan dan minuman yang terlibat didalam Program Usahawan Glokal (anjuran Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (MeCD) dan SIRIM BERHAD).




(sila klik gambar untuk baca)

Program Usahawan Glokal merupakan pendekatan baru yang merangkumi keseluruhan kemudahan keusahawanan dalam usaha MECD untuk melengkapkan usahawan bertaraf glokal.  Program ini merupakan rentetan daripada program Groom Big yang dilaksanakan oleh MECD.

Program ini mensasarkan Usahawan Bumiputera yang mempunyai perniagaan dan produk/ perkhidmatan sedia untuk dipasarkan di pasaran tempatan mahupun di peringkat antarabangsa.

Setakat ini, Bynet Solution telah membantu merekabentuk perlabelan /pembungkusan kepada 19 syarikat IKS dengan kerjasama SIRIM BERHAD.

 

 

 

D.        Menganjurkan Kursus - Kursus ICT dan Pengurusan

Berdasarkan pengalaman bekerja selama lebih 5 tahun dalam bidang pengendalian kursus di Institut Pengurusan Kedah (KIM) dengan mengurus dan menganjurkan kursus – kursus kepada pegawai dan seluruh kakitangan kerajaan negeri, kami berhasrat untuk meluaskan lagi skop penganjuran kursus kali ini kepada para usahawan bumiputera dan masyarakat setempat.

Kursus – kursus boleh dijalankan di Bilik Seminar / Bilik Komputer Bynet Solution ataupun diluar seperti hotel, dewan seminar dan sebagainya.

Antara kursus yang dianjurkan oleh Bynet Solution adalah seperti berikut :

  • Kursus ICT
    • Kursus Literasi Komputer
    • Kursus Asas Internet
    • Kursus Merekabentuk Laman Web
    • Kursus Penyelenggaraan Komputer
  • Kursus Pengurusan dan Pemasaran
    • Kursus Pegurusan Masa
    • Kursus Keterampilan Diri
    • Kursus Pemasaran Menggunakan Internet
    • Kursus Pemasaran Menggunakan Kemudahan Kerajaan
  • Kursus Perakaunan Berkomputer
    • Kursus Perkiraan Asas Menggunakan Ms Excel
    • Perakaunan Berkomputer – QNE Business Solution
    • Perakaunan Berkomputer – EZ Accounting
    • Perakaunan Berkomputer – UBS Accounting
  • Kursus Bahasa
    • Kursus Bahasa Inggeris – Asas
    • Kursus Bahasa Inggeris Untuk Perniagaan
    • Kursus Bahasa Mandarin (Untuk Pasaran China)
    • Kursus Bahasa Arab (Untuk Pasaran Negara Arab)

Selain menganjurkan kursus secara bersendirian, pihak kami juga telah mengadakan memorandum persefahaman dengan Informatics Group Sdn Bhd untuk bekerjasama dalam menganjurkan kursus – kursus yang ditawarkan oleh Informatics Group di seluruh negara.

 

 

E.         Penyewaan Kemudahan ICT / Alat Bantuan Kursus

Selain menjual komputer, kami juga komited dalam menjayakan kursus – kursus anjuran pihak kerajaan seperti MARA, Tekun, INSPIN dan sebagainya dalam bentuk penyewaan komputer dan peralatan alat bantuan kursus.

Sebagai contohnya, pihak kami telah membantu menjayakan kursus – kursus anjuran MARA melalui penyewaan dan pemantauan komputer yang mana secara tidak langsung memantau perjalanan kursus yang dianjurkan seperti berikut :

  • Kursus LPU Modul 3 – Program TeknoUsahawan (MARA)
  • Kursus Perakauan Berkomputer QNE (MARA)
  • Kursus AutoCAD (INSPIN)
  • Kursus Literasi Komputer (INSPIN / Jabatan Pendidikan)
  • dan banyak lagi..

Kami juga mempelawa mana - mana jabatan / syarikat yang ingin menggunakan kemudahan yang kami sediakan dengan kadar berikut :

Jenis Peralatan Kadar Sewa Bilangan Stok
Komputer (P3 - P4) RM30 - RM70 sehari
30 Unit
Notebook (P3 - P4) RM100 - RM200 sehari
4 Unit
LCD Projector (2000 A/L) RM250 - RM400 sehari
3 Unit
Printer (Laser / Deskjet) RM50 - RM100 sehari
4 Unit
PA System RM300 - RM500 sehari
2 Unit
* Kadar harga boleh dirunding mengikut jenis, kuantiti dan jangkamasa sewaan

 

Sebarang pertanyaan mengenai perkhidmatan yang ditawarkan,
sila email ke admin@bynetsolution.com. Terima kasih.

 


HOME | COMPANY | SERVICES | CLIENTS | SUPPORT | CONTACTS

Copyright 2007-2008 BynetSolution.Com. All Rights Reserved.