|
Latar Belakang
Bynet Solution adalah sebuah syarikat perunding bumiputera yang menganjurkan pelbagai kursus ICT dan Pengurusan serta membangunkan laman web khususnya untuk usahawan bumiputera.
Bynet Solution telah ditubuhkan pada 4hb Julai 2004 oleh dua orang rakan kongsi bumiputera yang mempunyai pengalaman luas dalam pengurusan dan latihan untuk kakitangan kerajaan.
Penubuhan syarikat ini adalah berdasarkan perkembangan semasa serta menyokong permintaan yang tinggi terhadap penggunaan ICT, kursus dan latihan berkaitan perkembangan perniagaan.
Sejajar dengan seruan kerajaan agar setiap rakyat perlu bersedia bagi menghadapi globalisasi dan Wawasan 2020, maka Bynet Solution telah menyediakan prasarana, program dan saluran yang menjurus ke arah seruan kerajaan ini, khususnya dalam bidang ICT.
Matlamat kami adalah untuk membantu para usahawan terutama bumiputera menggunakan teknologi ICT dalam memperkembangkan perniagaan ke peringkat yang lebih dinamik dan kompetitif.
Berbekalkan kemahiran dan pengalaman yang luas dalam bidang pengurusan latihan dan teknologi maklumat, Bynet Solution yakin dapat merealisasikan harapan kerajaan memupuk budaya ‘perniagaan satu pekerjaan’ di kalangan masyarakat, melalui penganjuran kursus dan latihan serta mengaplikasikan kemudahan ICT kepada para usahawan.
Visi
“Menjadi peneraju utama dalam menyediakan perkhidmatan berteraskan teknologi maklumat kepada para usahawan bumiputera serta membantu perkembangan perniagaan pelanggan melalui kursus – kursus pengurusan dan pemasaran”
Misi
- Menyediakan saluran kepada pelanggan untuk kemudahan penggunaan teknologi terkini
- Memberikan kursus serta latihan kepada pelanggan mengikut keperluan semasa dan menjadikan ICT sebagai pengantara perniagaan yang lebih mudah, efisyen dan kos-efektif.
- Menyediakan perkhidmatan dan pengurusan kepada pelanggan terutama dari kalangan IKS yang berminat untuk menjalankan dan mengembangkan perniagaan
|